Tajuk: Isipadu Cecair
Masa: 1 jam
Aktiviti pengajaran untuk pengayaan.
Hasil Pembelajaran:
* Menggunakan perkataan yang mempunyai hubungan dengan isipadu cecair
* Memudahkan perbandingan kapasiti / isi
Bahan-bahan:
* Sebotol air sirap yang besar.
* 3 gelas minuman yang saiznya sama.
* 3 mangkuk yang saiznya sama.
* 3 mug yang saiznya sama.
* Kad perkataan (KOSONG, SEPARUH,PENUH)
Prosedur:
|
2. Guru bersoal jawab dengan murid dengan murid berkaitan video tersebut.
- Apakah bahan yang kamu nampak di dalam bekas tersebut.
- Jawapan murid: Air
3. Guru mengaitkan dengan tajuk pembelajaran dan memaparkan satu situasi melalui paparan slaid dan membuat tunjuk cara sama seperti di dalam slaid.
Contoh:
4. Guru menerangkan ruangan di dalam gelas yang dipenuhi oleh air sirap dipanggil isipadu cecair.
5. Guru meminta seorang murid meletakkan kad perkataan “KOSONG”, “SEPARUH”, dan “PENUH” pada gelas yang betul. Guru meminta semua murid menyebut perkataan itu beramai-ramai.
6. Guru meinta memilih 2 orang murid secara rawak an meminta mengulang situasi yang sama tetapi menggunakan mangkuk dan mug.
7. Guru memberi 2 soalan kepada murid untuk diselesaikan sebagai aktiviti kumpulan.
Lampiran kad soalan:

Contoh: Sebelum mengisi air: Selepas di disi air:
Gelas adalah Gelas adalah
Jug Air adalah Jug air adalah
8. Perbincangan jawapan bersama mengikut giliran kumpulan.
9. Guru meminta murid menjawab soalan latihan bertulis sebagai pengayaan/pengukuhan bagi murid yang pandai dan pemulihan bagi murid yang lemah.
Lampiran untuk pengayaan
Contoh:
10. Sebagai penutup, guru menunjukkan semula paparan video dan diakhir paparan tersebut guru bertanya kuantiti air yang terdapat di dalam gelas.
Murid akan menyebutnya dengan kuat: SEPARUH
Untuk pengukuhan: Guru memaparkan paparan slaid (langkah 1)
Murid menyebut semula perkataan beramai-ramai.
No comments:
Post a Comment