Sunday, November 21, 2010

IMPAK/REFLEKSI:


Aktiviti untuk pemulihan.
Hasil Pembelajaran:
* Menggunakan perkataan yang mempunyai hubungan dengan isipadu cecair
* Memudahkan perbandingan kapasiti / isi

Bahan-bahan:










* Sebotol air sirap yang besar.
* 3 gelas minuman yang saiznya sama atau
* 3 mangkuk yang saiznya sama atau
* 3 mug yang saiznya sama 
* Kad perkataan (KOSONG, SEPARUH,PENUH)

Prosedur:
SLAID SET INDUKSI
 
1. Guru memaparkan slaid video (dari youtube) berkaitan dengan satu situasi mengenai isipadu cecair.




2. Guru bersoal jawab dengan murid dengan murid berkaitan video tersebut.
            - Apakah bahan yang kamu nampak di dalam bekas tersebut.
            - Jawapan murid: Air

3. Guru mengaitkan dengan tajuk pembelajaran dan memaparkan  satu situasi melalui paparan slaid dan membuat tunjuk cara sama seperti  di dalam slaid satu persatu.


4.         Guru menerangkan ruangan di dalam gelas yang dipenuhi oleh air sirap dipanggil isipadu cecair.

5.         Guru memilih seorang murid  secara rawak dan meminta meletakkan  kad  perkataan “KOSONG”, “SEPARUH”, dan “PENUH” pada gelas yang betul. Guru meminta semua murid menyebut perkataan itu beramai-ramai.  Aktiviti ini dilakukan satu persatu agar murid memahami konsep/ makna kosong, separuh dan penuh.


 
6. Guru memilih dan meminta 2 orang murid secara rawak dan meminta mengulang situasi yang sama tetapi menggunakan mangkuk dan mug dengan bimbingan guru.

7. Guru memberi satu soalan kepada murid untuk diselesaikan sebagai aktiviti kumpulan.
            Lampiran kad soalan:
            Contoh:
            * Terdapat 5 botol plastik yang sama bentuk dan saiz.
            * Isikan air mengikut kad perkataan yang diletakkan oleh guru.




8.  Perbincangan jawapan bersama mengikut giliran kumpulan.

9. Guru meminta murid menjawab soalan latihan bertulis sebagai pengayaan/pengukuhan bagi murid yang pandai dan pemulihan bagi murid yang lemah.
Lampiran untuk pemulihan
Contoh:











10.  Sebagai penutup, guru menunjukkan semula paparan video  dan diakhir paparan tersebut guru bertanya kuantiti air yang terdapat di dalam gelas.
Murid akan menyebutnya dengan kuat: SEPARUH

Untuk pengukuhan: Guru memaparkan paparan slaid (langkah 1)
                                    Murid menyebut semula perkataan beramai-ramai.
PENUH
 
SEPARUH
 
KOSONG
 
                                   
                                                                                          

CARA MENGAJAR ISIPADU CECAIR TAHUN 2


Tajuk: Isipadu Cecair
Masa: 1 jam
Aktiviti pengajaran untuk pengayaan.
         
Hasil Pembelajaran:
* Menggunakan perkataan yang mempunyai hubungan dengan isipadu cecair
* Memudahkan perbandingan kapasiti / isi

Bahan-bahan:










* Sebotol air sirap yang besar.
* 3 gelas minuman yang saiznya sama.
* 3 mangkuk yang saiznya sama.
* 3 mug yang saiznya sama.
* Kad perkataan (KOSONG, SEPARUH,PENUH)

Prosedur:
SLAID SET INDUKSI
 
1. Guru memaparkan slaid video (dari youtube) berkaitan dengan satu situasi mengenai isipadu cecair.




2. Guru bersoal jawab dengan murid dengan murid berkaitan video tersebut.
            - Apakah bahan yang kamu nampak di dalam bekas tersebut.
            - Jawapan murid: Air

3. Guru mengaitkan dengan tajuk pembelajaran dan memaparkan  satu situasi melalui paparan slaid dan membuat tunjuk cara sama seperti  di dalam slaid.

            Contoh:

4.         Guru menerangkan ruangan di dalam gelas yang dipenuhi oleh air sirap dipanggil isipadu cecair.

5.         Guru meminta seorang murid  meletakkan  kad  perkataan “KOSONG”, “SEPARUH”, dan “PENUH” pada gelas yang betul. Guru meminta semua murid menyebut perkataan itu beramai-ramai.

                                  

6. Guru meinta memilih 2 orang murid secara rawak an meminta mengulang situasi yang sama tetapi menggunakan mangkuk dan mug.

7. Guru memberi 2 soalan kepada murid untuk diselesaikan sebagai aktiviti kumpulan.
            Lampiran kad soalan:
            Contoh:


Sebelum mengisi air:                                                 Selepas di disi air:
Gelas adalah                                                              Gelas adalah 
Jug Air adalah                                                           Jug air adalah 


8.  Perbincangan jawapan bersama mengikut giliran kumpulan.

9. Guru meminta murid menjawab soalan latihan bertulis sebagai pengayaan/pengukuhan bagi murid yang pandai dan pemulihan bagi murid yang lemah.
Lampiran untuk pengayaan

Contoh:
 
10.  Sebagai penutup, guru menunjukkan semula paparan video  dan diakhir paparan tersebut guru bertanya kuantiti air yang terdapat di dalam gelas.
Murid akan menyebutnya dengan kuat: SEPARUH

Untuk pengukuhan: Guru memaparkan paparan slaid (langkah 1)
                                    Murid menyebut semula perkataan beramai-ramai.



SEKAPUR SIREH


Salam semua…
Selamat datang ke Blog Panitia Matematik SK Taman Seri Gombak 2. Semoga bahan-bahan yang terkandung di dalamnya dapat membantu dan memberi panduan yang berguna kepada para tenaga pengajar dan ibu bapadalam mendidik anak-anak menjadi insan yang minat dan mahir dalam Matematik.

Akhir kata saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan dan pensyarah selaku tutor yang banyak membantu, membimbing dan berkongsi maklumat dalam menghasilkan blog ini.